Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Merdeka!

Malam ini saya merdeka daripada pemakanan sihat. Baru sahaja makan seperti Raja Naga. Saya memesan pelbagai hidangan dengan penuh semangat kerana yang bayar adalah bapa. Emak menggeleng kepala tetapi penuh kagum melihat seronoknya saya makan. Alasan saya 'Takpe kakak minum Coke Light, zero sugar zero calorie'. Abih yang brownie dengan aiskem sebesar muka tu apa kebendanya? Hahaha. Takpelah 2 hari lagi nak puasa. Saya berazam untuk membuat senaman ringan setiap hari di bulan puasa untuk tahun ini. Harap berjaya.

Esok ingin berfoya-foya dan makan lagi. Oh nyaman......

2 comments:

Hero said...

aaa.. kakak..

adiepot said...

apakah maksudmu berkata begitu haaaa?