Thursday, August 28, 2008

Aku tak mampu mengawal diri..oowwwhh!

Saya benci Benefit. Hampir setiap hari menghantar first dib pasal barang-barang dia yang best itu. Tapi mungkin salah saya juga kerana telah mendaftarkan diri untuk mendapat newsletter - tiada paksaan di sini. Dan hampir setiap kali juga saya terasa cam nak order. Kalau order direct, saya jimat banyak tapi saya juga harus mengorder minimum USD100 untuk menikmati tawaran penghantaran antarabangsa percuma. Dan konfemnya kalau dah naik syeh meng-add to cart mesti saya belanja lebih USD100. Saya pernah melalui situasi itu. Dengan status tak keja ni saya harus menahan gelora hati.

Hari ini mendapat update mengenai berus-berus yang 'harus' saya miliki. Saya tak mau semua, nak satu 'atau dua tiga' je. Mungkin boleh mempengaruhi Cik Myra untuk membeli bersama-sama bagi mendapatkan penjimatan yang dimaksudkan. Sementelah (whoaaa big word!) saya juga ada kod untuk tambahan diskaun 10% bagi pembelian yang baru secara online hasil daripada pembelian terdahulu. Ini bagus bukan? Kita harus bijak berbelanja!

Lihatlah dunia berus-berus chomel ini!



Jika kamu juga berminat untuk mengorder bersama-sama saya dan menumpang diskaun, sila hubungi adiepot@gmail.com ye? Marilah kita mengamalkan sikap perbelanjaan bijak yeah!

2 comments:

Oimira said...

hati ku terpanggil kepada berus gemuk pendek itu
oh

adiepot said...

kan kan kaaaaaaaan????