Tuesday, August 26, 2008

saya diteg...

...oleh Cik NYPD yang hari ini meng-SMS saya dengan berkata dia rindu saya kat opis sebab ada makan2 dan selalunya dia makan dengan saya (di mana saya akan makan dengan banyak dan dia makan ngam2 je) tapi sekarang saya dah berhenti keja jadi dia missing missing sama saya lah. Sangat sweet itu :)

1. nama-nama timangan oleh org tersayang

Selain 'Adiepot', tentulah.....aawwwww....malulah nak jawab. Pass! ;P

2. anda seorang yang...........

a. Gemuk
b. Kuat makan
c. Obses dengan aktiviti membeli-belah
d. cakap banyak
e. Cepat marah
f. Kaki merayau ke sana sini.
g. Pantang diajak berjalan/keluar melepak/kena tegur cepat melenting

3. insan teristimewa.describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.

Mata masa pakai spek ke masa tak pakai spek? Ni soalan tak lengkap.

4. makanan kegemaran anda

Ini mengikut musim. Jika berperasaan gundah gulana roti kosong dan air kosong (atau tak makan langsung) mencukupi. Jika hepi segala mak nenek pun boleh jadi feberet. Tapi semua aplikasi pisang amat saya gemari. Pisang goreng, pisang rebus, lepat pisang (nyam nyam), pisang sira, pisang togel makan mcm tu saja, pisang caramelised dgn aiskem vanilla (oh heaven...), susu kocak pisang, pisang pisang pisang.....

5. warna kegemaran

Mengikut musim juga. Anda boleh lihat melalui kaler baju yang dibeli pada satu2 masa. Tapi biasanya kaler hijau jarang saya tolak tepi. Ini telah dibuktikan oleh Cik Myra masa bersoping di Bandung.

6. lagu kegemaran

Kerna Ku Sayang Kamu oleh Dygta (jiwang kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan???)

7. sikap yg membuatkan anda tertekan

Oh banyak. Tapi ini bagi 3:

a. Sikap merajuk tak tentu pasal.
b. Sikap rasa macam dia best sangat.
c. Sikap mencurik besfren orang dan membuat besfren itu menjadi orang lain dan tiba-tiba bercakap omputeh dengan tidak semena-mena (ohhh makan dalam ni)

8. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda

a. beg duit
b. karung kecik barang2 emergency yang mengandungi pelbagai ubat sakit kepala dan sakit perut, dental floss, lip balm, gula2, plaster, lipstick 3 kaler, lipgloss.
c. talipon

9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??

Eh apasal kena ada soalan yang artis tak bleh jawab?

10. teg 6 rakan anda

a. Myra
b. Lokman & Alien (kata nak bukak blog sama2. Hah amek ni bagus untuk permulaan blog anda.)

Lagi 3 tak bleh fikir sapa sebab semua orang sebok main facebook dan macam takde masa nak tulis blog.

No comments: