Friday, August 29, 2008

bujang dan kebuluran

hari ini saya memasak. biasa-biasa saja. resipi pendek pandai-pandai sendiri mi goreng tomyam. tak mau lah saya berkata panjang lagi. yang penting, saya telah mencampur telur yang sudah sizen ke dalam masakan itu dan makan tanpa segan silu. habis makan semangkuk besar barulah terasa tekak dan sistem pencernaan bergelora melawan graviti.

ya, semua telah kumuntahkan kembali. air oren yang diminum untuk mengawal rasa tidak senang itu juga keluar dengan gembira seperti arus laju di gelongsor dalam taman tema air. perbuatan tidak bekerja ini agak sukar. sukar mencari makan. jika tidak dengan wang rm5 sahaja dapat menyelesaikan segala masalah kebuluran tatkala matahari tegak di atas kepala. kini walau wang berkarung-karung tidak menjadi magis muncul masakan enak sedulang besar apabila berada di dalam di rumah. masalah juga menjadi semakin kusut apabila anda sebenarnya baru bangun tidur seperti tadi dan malas bertatarias untuk ke kedai makan menapau.

dah lepas ni takmo masak lagi. pegi mcD depan rumah je.

BOIKOT DAPOR!!!!

nota kaki: sebenarnya selepas diperiksa dengan betul, telur yang baru dibeli emak/bapa pada malam tadi sebenarnya berada di atas kaunter di dapur dan belum mengganti yang lama dalam gobok air batu. saya lalai dalam pemerhatian. mungkin akibat malas memakai kacamata siang tadi. aaaahh.

5 comments:

oyett said...

chek bole ajar hang masak...hang mau kaa????chek masak tom yam ikan kembong....

oyett said...
This comment has been removed by the author.
oyett said...

lupe plak....baca sila baca komen diatas dgn menggunakan loghat kelantan.. =)

adiepot said...

apa hal plak ko neh? :S

Hero said...

"air oren yang diminum untuk mengawal rasa tidak senang itu juga keluar dengan gembira seperti arus laju di gelongsor dalam taman tema air."

aaaa.. too graphic.. even for me!!