Friday, January 18, 2008

pop quizzzzz

Soalan 1:
Apakah yang telah Cik Adiepot lakukan selepas seharian penat bekerja hari ini?

[a] Makan lagi kuih goyang yang Aggie punya aunty buat. Sedappppp.
[b] Berjalan-jalan di dalam midveli
[c] Membeli-belah
[d] Semua di atas

Soalan 2 (sila rujuk gambar di bawah):
i)
Labelkan gambar ini dengan memilih jawapan yang paling tepat.

[a] Henbeg suka-suka
[b] Henbeg suka-suka yang ada diskaun 20%
[c] Henbeg suka-suka yang ada diskaun 20%, bila dibeli adalah yang ke-86 dimiliki oleh Cik Adiepot.

ii) Adakah Cik Adiepot patut membuat pembelian tersebut?

[a] Yezzzzzzzzzzaaaaaaaaaaaaa!
[b] Memilih untuk tidak masuk campur kerana Cik Adiepot ini memang pembeli-belah yang kronik.

iii) Pada fihrasat anda, berapa kali agak-agaknya Cik Adiepot akan pakai henbeg ini sebelum dia boring?

[a] 3
[b] 4
[c] paling kuat pun 7-8 kali je

Soalan 3 (sila rujuk gambar dan kenyataan di bawah):

Kenyataan: Cik Adiepot telah membeli barangan ini juga.

[a] Ya
[b] Tidak, tapi seperti tak percaya dia tak beli. Kalau tak beli kenapa nak amik gambar dan post kat blog? Ini soalan trick.

Soalan 4:
Jika anda memilih jawapan (a) bagi Soalan 3 di atas, siapakah yang anda rasa telah mempengaruhi Cik Adiepot membuat keputusan mengikut perasaan sebegitu rupa?

[a] Orang kaunter mekap
[b] Magazine bulan 2 yang dah sampai semalam (eyyy bes!)
[c] Takde sapa-sapa. Dia memang suka pengaruh diri seniri kalau hal-hal menghabiskan duit.

Soalan 5 (bonus):
Bagaimanakah Cik Adiepot menyambung talian Internet pada malam ini?

[a] Cara konvensyenel dengan mencucuk kabel.
[b] Mencurik signal wayarles (heh, ini perkataan BM stended ok?) dari rumah encik jiran yang baik hati tak lock wifi dia.

[c] Curik wifi encik jiran tapi signal kureng jadi menyebabkan terpaksa pergi ke bawah dan mencucuk kabel. Dem.

Kertas soalan tamat.

Performance anda dalam kuiz hari ini akan mengcontribute sebanyak 50% dalam final exam.
Hoh, ada final exam hokessss......nyeh nyeh.

7 comments:

Anonymous said...

Jawapan saya:
1D 2(i)c (ii)B<-like duhhh (iii) 4 <- jalan selamat amik jawapan tengah 3A 4C 5C

Berapa markah?

Anonymous said...

1(d), 2i(c), 2ii(b), 2iii(c), 3(b), 4(c), 5(c)

Saya harap sangat saya pass...tolonglah bagi saya pass...
pleaasseee....

adiepot said...

dua-dua candidate ini pass!

Ohahahahahha....

Oimira said...

saya pun nk jawab pop kuiz anda.
1.d
2.c,b,b
3.a
4.c
5.c <--konfem!

Hero said...

1. a
2. c, b, a
3. b
4. -
5. c

aaa.. sapa yang tak senonoh namakan kuih tu kuih goyang? apa la orang tuh.. :p saya sokong kegiatan jual beli dia tu.. tapi part naming aaa.. dia macam dbp laa.. entahapahapantah.. :p

Anonymous said...

1(d), 2i(c), 2ii(b), 2iii(c), 3(b), 4(c), 5(c)

dgn selambe meniru...
so kompom la pass gak kan?
haha!
=op

adiepot said...

tiru meniru macam dlm lecture hall. bagus!