Wednesday, September 10, 2008

don't talk to me

Hari ini saya bersenam. Walaupun tak sehebat (ehem) bulan tak puasa tapi kurang2 lepas jugak kayuh beskal 4.5km dan membuat senaman tangan dan kaki yang lain. boleh tahan la buat leg press pakai berat sama macam time tak posa *terasa berlagak*

Lepas dah mandi wangi rambut pun dah blow cantik2 (hair dryer dekat gym adalah paling hebat di dunia hoho) saya pergi ke pasar ramadhan TTDI yang konon2 famous itu. Oh hari sangat panas dan ramai betul orang pakai spek itam membeli makan. (Hmm...macam sama je menu macam pasar ramadhan dekat rumah?) Saya cari gerai nasik kerabu yang DJ Light n Easy sebut tu - gerai makcik hasnah - tapi takde pun, dan juga saya tak nampak mana2 gerai menjual produk yang sama yang nampak ada kualitas . Jadi saya beli lah nasik ayam kukus (sebab nampak ramai je orang kat sini), 2 jenis kuih, lauk untuk sahur, dengan air soya Jenny Hong. Bila balik rumah bapa pun ada beli lauk tambah dengan kuih lagi.

Bila dah berbuka dengan sangat excited nak makan banyak habiskan ayam sebesar dinosaur tu sebab tadi bersenam banyak kuar tenaga dan perut lapar maksimum.

KECEWA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kuah gulai tu manis gila gila gila punya manis. Lauk bapa beli pun sama (rendang apo mcm tu?). Kuih toksah citer lah membazir sebab semua macam ke tong sampah le jawabnya. Ini belum beli banyak2 okeh? Macam mana orang2 yang soping makanan berbuka macam saya soping kasut/beg tu? Konfem 95% yang diaorg jual tu tak sedap langsung, aaarrrgghhh, so macam mana diaorang ni boleh beli berplastik2??

Tiba-tiba rasa frust yg teramat sangat. It's only the 10th day of puasa and I've been having very bad experience with pasar-bought food. hari-hari kena tipu dengan orang jual makanan bukak posa. I am really really marah okeh? Sudahla mahal yang amat. Kalau mahal tapi sedap orang tak marah tau tak? Ini bukan marah, tapi saya banyak kecik hati sama orang meniaga makanan. Haih....

Sudah cakap dengan emak bahawa esok saya mau goreng sayur sama masak kicap (the only few dishes saya boleh masak tanpa was-was). Emak kata kalau telur masak kicap pun tak apa. Konfem konfem lagi edible daripada lauk pauk fancy yang beli kat luar.

So yeah, I'm hot and bothered and ngantuk sebab semalam tak cukup tidur dan sebab hari ni pergi jumpa recruitment agents yang seorang boleh tahan arrogant dengan seorang yang bagi remark 'your previous employer was very generous' (hey watch your mouth there young man!) dan yang paling penting: MARAH SEBAB MAKANAN BELI SEMUA TAK SEDAP!!!!!!!

Makanan tidak bersalah, saya tahu itu. orang jual tu yang keji keji keji.

KEJI!

5 comments:

oyett said...

mari mari mari..saya bole bawak anda ke bazar yg paling best..sementara ramadhan masih ada....kite g wat food hunting

- w.E.r - said...

pasar borong selayang pon sedap2 gak juadah berbuka puasa dia..pergi la..hihi

Anonymous said...

try bazar ramadhan at bangsar & kelana jaya....i heard usj d best....sec/pa ;)

adiepot said...

ya ya jom pegi food hunting! selayang, bangsar, KJ, USJ, mana mana mana lagi?

oh..tat baca blog aku ke *blush* (hahahaha gedik)

- w.E.r - said...

hahahaha...aku terbaca blog kau :)