Sunday, September 21, 2008
There is always something that is not meant to be...
...buried deep in the farthest corner of your heart.
Saturday, September 20, 2008
diggin' this stuff
Listen to her stuff at http://www.myspace.com/yunaroomrecords.
Thursday, September 18, 2008
Projek Hari Esok (dan/atau lusa)
- Membuat chocolate fudge untuk Illa.
- Membuat muffin untuk Sarah.
- Membuat apple sauce atau peanut butter fudge untuk sesiapa yang ada di rumah.
Wednesday, September 17, 2008
(Even the) stars are blind
There is an emotional issue that you're mulling over your head. Try to balance your rational thought with an emotional evaluation, without the former dominating the latter. Write that letter.
Funny how it is advising me to go against the flow, heart over head.
Write that letter? Berbaloikah kita bukak rasa hati kalau yang menerima tu tutup hati dia seketat mungkin? Yang pernah buat salah pun tak semestinya akan buat salah sampai bila-bila...
Saya dah cuba mengalah. And I am deemed masih salah.
I'm really hurt.
Monday, September 15, 2008
have wok will cook
With cupcake baking/decorating and every other home-making skills getting a rise in popularity, what has become of the work-crazy, going-out-from-dusk-till-dawn-crazy young single women these days? Is there some kind of plague going around at the moment or are they just laying low for a while, comforting men who are getting the paranoia with women increasingly snatching up the power thrones in the corporate world? The latter perhaps, holds a more resounding truth and real soon women will strike again leaving everything domestic as just a 'passing hobby'.
Sunday, September 14, 2008
sheep goes to heaven
my blacksheep tee - sedikit renyuk cos i declined the plastic carrier bag and shoved it into my handbag instead as a little contribution to mother nature.
I hope that the RM50 naive art painting lesson is still offered at the gajah gajah gallery. What a romantic way to spend time with friends, a loved one or with diri sendiri kan? Read more from this article: Artist opens gallery to public. I couldn't help to Google them up since their stall has really nice paintings of cats and elephants on canvas.
We promised to 'sleep on it' on these oh-so-chantek handmade leather gladiators (sandals, for u men out there who will definitely not understand) from ninakimi@bowgroup. I haven't gone to sleep but I already know that I'm getting them else I'll be in misery till the end of Q4. Yeah, at least till then cos they're such great investments!
Cik gladiators, saya akan mimpi yang indah-indah tentang kamu malam ini. Aaaahhhhh.....
Friday, September 12, 2008
who says i can't make people happy?
Kerana rancangan semalam terbantut, hari ini saya meneruskan cita-cita memasak. Jadi saya ke pasaraya membeli bahan-bahan asas iaitu sayur-sayuran dan sardin. Heh, jangan ketawa ya...sambal sardin saya ramai orang puji okeh? Kalau Nazli datang dari Kuching mesti dia merengek "Adieeeeeeeee...masak sardin pleaaaaaase? Rindu nak makan sardin kau masak" (dengan muka seperti puppy comel yang meminta belas kasihan*). Masa memilih sayur saya sedikit tergamam kerana tak berapa kenal nama2 sayur ni. Berdasarkan pengalaman memasak yang serba sedikit saya hentam je ambik sayur yang macam kailan tapi kontot dan montok tu. Rasa2nya yang ni lah yang saya suka makan tu. Agak konfius sebab ada lagi satu sayur yang macam nak sama tapi batang dia kaler putih. Lepas tu saya tambah carrot, tomato dan....aha! Tauhu klasik. Nyaman ni semua kalau masak kacau-goreng (stir fry?). Di pasaraya saya juga membeli sardin untuk mak kucing kat rumah ni yang dah tak mau makan friskies. Jadi kucing dan tuan kucing bermenu utama yang sama tapi stended lain2. Mak kucing makan sadin harga rm1.15 je setin kecik. Cukuplah tu, semalam saya dah bagi dia makan 2 tin tuna in water yang saya biasanya dikhaskan untuk musim saya berdiet sahaja. Damn u Mak. If it's not because of your 5 kittens yang teramat kiut itu and that you are nursing, jangan harap kau dapat makan tuna saya.
Ya, berbalik kepada cerita memasak. Saya ada satu jam sahaja sebelum waktu berbuka dan telah memasak dengan tangkas. Walaupun adik sudah pulang pejabat dengan penuh nekad saya tidak mahu meminta tolong walau sedikit. Saya boleh buat ini! 5 menet sebelum berbuka, sambal sadin dan sayur campur sudah siap. Walaupun ada beli tambah lauk gulai lemak bapa kata "Oh kakak masak ke? Tak payahlah makan lauk beli ni.". Sedang makan bapa juga berkata "Lauk ini jauh lebih sedap dari yang dibeli". Adik juga berkata "Wah, lauk hari ini sangat sedap". Untuk pengetahuan anda semua, selain pisang keluarga saya ada obsesi dengan lauk sadin. Bapa juga telah mencadangkan supaya saya masak sadin lagi Isnin depan, tapi kari sadin pula. Nyehehhe...
Saya sangat hepi di atas prestasi hari ini. Bapa juga saya rasa hepi sebab selain memuji sadin, dia juga telah habiskan 1/2 portion sayur yang saya rasa cukup untuk 5 orang sebab saya tak pandai bajet bila masuk bahan2 (selalu termasak lebih huhu..). Adik hepi bercampur sedih sebab nanti sahur kena makan lauk beli balik. Tetapi saya meng-console adik, lauk sadin sebenarnya banyak lagi dalam kuali, dan dia tersengih girang. Kami juga bertambah hepi kerana kuih yang saya beli tadi dua-dua sangat sedap. Besar pulak tu, sebijik 40 sen dgn 50 sen je. Macam ni lah meniaga ikhlas namanya.
Oleh itu kesimpulannya, memasak lebih bagus tambahan jika family anda tidak cerewet. Jika ada adik beradik yang banyak songeh dan memilih lauk, sila beli sahaja supaya tak ada orang merajuk di meja makan.
Sekian.
*statement ini mengandungi unsur-unsur exaggerate oleh penulis
nota kaki: Hari ini emak berbuka kat function opis jadi dengan dukacita reaksi emak terhadap sadin dan sayur campur tidak dapat dirakamkan untuk dikongsi bersama para pembaca. Harap maklum.
Wednesday, September 10, 2008
don't talk to me
Lepas dah mandi wangi rambut pun dah blow cantik2 (hair dryer dekat gym adalah paling hebat di dunia hoho) saya pergi ke pasar ramadhan TTDI yang konon2 famous itu. Oh hari sangat panas dan ramai betul orang pakai spek itam membeli makan. (Hmm...macam sama je menu macam pasar ramadhan dekat rumah?) Saya cari gerai nasik kerabu yang DJ Light n Easy sebut tu - gerai makcik hasnah - tapi takde pun, dan juga saya tak nampak mana2 gerai menjual produk yang sama yang nampak ada kualitas . Jadi saya beli lah nasik ayam kukus (sebab nampak ramai je orang kat sini), 2 jenis kuih, lauk untuk sahur, dengan air soya Jenny Hong. Bila balik rumah bapa pun ada beli lauk tambah dengan kuih lagi.
Bila dah berbuka dengan sangat excited nak makan banyak habiskan ayam sebesar dinosaur tu sebab tadi bersenam banyak kuar tenaga dan perut lapar maksimum.
KECEWA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kuah gulai tu manis gila gila gila punya manis. Lauk bapa beli pun sama (rendang apo mcm tu?). Kuih toksah citer lah membazir sebab semua macam ke tong sampah le jawabnya. Ini belum beli banyak2 okeh? Macam mana orang2 yang soping makanan berbuka macam saya soping kasut/beg tu? Konfem 95% yang diaorg jual tu tak sedap langsung, aaarrrgghhh, so macam mana diaorang ni boleh beli berplastik2??
Tiba-tiba rasa frust yg teramat sangat. It's only the 10th day of puasa and I've been having very bad experience with pasar-bought food. hari-hari kena tipu dengan orang jual makanan bukak posa. I am really really marah okeh? Sudahla mahal yang amat. Kalau mahal tapi sedap orang tak marah tau tak? Ini bukan marah, tapi saya banyak kecik hati sama orang meniaga makanan. Haih....
Sudah cakap dengan emak bahawa esok saya mau goreng sayur sama masak kicap (the only few dishes saya boleh masak tanpa was-was). Emak kata kalau telur masak kicap pun tak apa. Konfem konfem lagi edible daripada lauk pauk fancy yang beli kat luar.
So yeah, I'm hot and bothered and ngantuk sebab semalam tak cukup tidur dan sebab hari ni pergi jumpa recruitment agents yang seorang boleh tahan arrogant dengan seorang yang bagi remark 'your previous employer was very generous' (hey watch your mouth there young man!) dan yang paling penting: MARAH SEBAB MAKANAN BELI SEMUA TAK SEDAP!!!!!!!
Makanan tidak bersalah, saya tahu itu. orang jual tu yang keji keji keji.
Tuesday, September 09, 2008
sleep on it first la kan?
Monday, September 08, 2008
Confession of an oatmeal convert
I. AM. OATMEAL. CRAZY. And I have it every morning for sahur *wink wink*.
Pisang nuked on HIGH for 1 minute
Makanlah oat untuk kesihatan tubuh badan walaupun ia nampak seperti muntah kucing yeah!!!!
Thursday, September 04, 2008
I miss working
Tuesday, September 02, 2008
Monday, September 01, 2008
Sudah puasa!
- Nasi ayam penyet
- Sup rawon
- 1/2 pint ice cream
- A major portion of 100g-pack choc chip & macadamia cookies
What I just had for sahur:
- Maple nut oatmeal
- Pisang
- Low fat milk
- What's left of my cookies - 4 keping (Sungguh jahat kau beskot merosakkan diet pre-raya saya!)
What I have in the fridge for buka later:
- Bundaberg root beer!!!!