Tuesday, June 02, 2009

Senarai Suka Tak Suka Saya

Suka
Bila upload gambar2 selepas perhimpunan bersama rakan-rakan mereka akan aktif mengomen seterusnya membuat pelbagai cerita fitnah especially kepada Alien dan ini adalah sangat menghiburkan. Tok kadi Lokman-Fira kata, seorang isteri disayangi suami apabila dilihat oleh suami sebagai menghiburkan. Ya kami semua memang orang-orang yang menghiburkan.


Eh heheh.

Lihat semua terhibur dengan diri sendiri

Tak suka
Berat naik 3 kg tiba-tiba mesti sebab kat kenduri Lokman-Fira makan banyak (siap suruh Nonie ambik nasik lebih sebab yours truly teramat lapar tidak bekfes tapi memang plan nak makan banyak kat kenduri sebab makanan kenduri itu memang feveret saya - haruskah berkahwin segera?). Malam ini bersenam ala The Biggest Loser dan pulang hanya makan sayur-sayuran dan 2 biji telur rebus. 1 biji dibuang telur kuning sebab telur itu sudah pecah dan tidak mahu gemuk lagi. Bukan telur yang tak mahu gemuk tetapi saya.


Ah sadis.

No comments: