Tuesday, July 28, 2009

Hey kenapa belum tidur lagi ni


Soalan UPSR tahun ini:
Apakah yang dapat anda terangkan mengenai gambar di atas?
(Adakah ini sama maksud dengan 'Please describe the picture above'?)
  1. Jiwa bergelora semasa mencuba pakaian biru itu dan hati berkata 'Ya, harus beli!'.
  2. Semangat berkobar-kobar semasa kali pertama memakai pakaian ini ke tayangan gambar yang dibelanja kompeni walaupun terpaksa memakai leggings (adakah terjemahan 'berkaki-kaki?') untuk menghormati hari Jumaat.
  3. Pakaian biru ini belum diulang pakai. Semangat begini memang biasanya cepat hilang.
  4. Bersama rakan bernama Abang Yong yang akan turut serta bersama-sama berlari di Adidas King of The Road hujung minggu ini. Dua-dua manusia ini tidak berlatih berlari habis lah kamu dua orang lepas tu mau lawan badminton sama futsal lagi (berharap ini semua menyumbang kepada keadaan kurus sebelum puasa jadi masa raya lebih kurus).
  5. Perasaan rindu terhadap rambut panjang dan lurus itu. Kenapa pergi potong, kan dah menyesal.

Esok mau bangun pagi jadi sila tidur. Trafik jem sekarang adalah seperti cilaka (jika berumur bawah 13 tahun sila jangan sebut perkataan ini nanti Tuhan potong lidah).

Sekian.

2 comments:

小頑童@nottyboy said...

hahaha... hope no accident for this week futsal :P

Winn said...

cantik rambut..n baju juga.