Bukankah Rasulullah (S.A.W) pun kata 'Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China'? Dekat dinding sekolah pulak tulis 'Ilmu penyuluh hidup'. Dalam kelas Bahasa Melayu (Malaysia), cikgu ajar 'Kuat ketam kerana sepit, kuat manusia kerana ilmu'.
Betul, ilmu datang dalam macam-macam bentuk. Pilih saja yang mana paling sesuai atau yang paling kita selesa. Bila menuntut ilmu, tak sepatutnya sesiapa persoal kenapa perlu bersusah payah. Itu pilihan masing-masing dan alasan dalam hati cukup kita saja yang tahu.
Jadi apa perlu kita buat bila datang 'sampukan' yang memperlahankan momentum? Tahan saja, sabar saja, bukan? Pegang saja pada dialog drama Melayu 'hari ini hari kau, esok lusa hari aku' tapi buang perasaan riak. Pegang saja pada prinsip Tuhan beri rezeki pada yang berusaha. Benda yang baik tak pernah jadi sia-sia.
Bila ibu ayah bagi restu dan sokongan tak perlu kamu hirau apa kata dunia luar. Boleh juga kalau nak ambil contoh fasha sandha yang mana emak dia okey saja dia pakai bikini lepas tu menang jugak apa award dalam suratkhabar tunjuk tu. Apa sibuk-sibuk gosip tulis semua macam takde kesan pun. Analogi saja tapi macam relevan kan?
Pandang depan, jalan terus, pasang iPod dan lari sekuat hati. Bila sampai garisan penamat dalam 'qualifying time' dan dapat medal (dan pisang), siapa pun tak boleh cakap apa.
Titik.
No comments:
Post a Comment