Tuesday, April 26, 2011

Did not buy InStyle this month so this is self explanatory

Let's put on a thick face and try to ignore disgusted stares from passers-by. Baju buruk, sports shorts and patent heels rarely go well together.

Monday, April 25, 2011

Jaga diri baik-baik

Bukankah Rasulullah (S.A.W) pun kata 'Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China'? Dekat dinding sekolah pulak tulis 'Ilmu penyuluh hidup'. Dalam kelas Bahasa Melayu (Malaysia), cikgu ajar 'Kuat ketam kerana sepit, kuat manusia kerana ilmu'.

Betul, ilmu datang dalam macam-macam bentuk. Pilih saja yang mana paling sesuai atau yang paling kita selesa. Bila menuntut ilmu, tak sepatutnya sesiapa persoal kenapa perlu bersusah payah. Itu pilihan masing-masing dan alasan dalam hati cukup kita saja yang tahu.

Jadi apa perlu kita buat bila datang 'sampukan' yang memperlahankan momentum? Tahan saja, sabar saja, bukan? Pegang saja pada dialog drama Melayu 'hari ini hari kau, esok lusa hari aku' tapi buang perasaan riak. Pegang saja pada prinsip Tuhan beri rezeki pada yang berusaha. Benda yang baik tak pernah jadi sia-sia.

Bila ibu ayah bagi restu dan sokongan tak perlu kamu hirau apa kata dunia luar. Boleh juga kalau nak ambil contoh fasha sandha yang mana emak dia okey saja dia pakai bikini lepas tu menang jugak apa award dalam suratkhabar tunjuk tu. Apa sibuk-sibuk gosip tulis semua macam takde kesan pun. Analogi saja tapi macam relevan kan?

Pandang depan, jalan terus, pasang iPod dan lari sekuat hati. Bila sampai garisan penamat dalam 'qualifying time' dan dapat medal (dan pisang), siapa pun tak boleh cakap apa.

Titik.

Sunday, April 24, 2011

=_=

Please be advised that my Google Talk status update is not meant for you.

Friday, April 22, 2011

Tak apa, tak kecil hati pun kamu peduli semua ini.

Perkara-perkara yang saya fikirkan untuk mengurangkan tekanan dan keletihan teramat sangat buat masa ini:

1) 3 Mei 2011, 12 thari, yakni habis exam corporate finance, yakni semua exam habis.

2) Berenang di kolam renang (saiz olimpik?) Universiti Malaya bersama Ki-Moira.

3) Berlatih lari bersama Ki-Moira dan Encik Arif.

4) PT beramai2 setiap Sabtu. Juga bersama Ki-Moira.

5) Bootcamp di bulan Jun, 3 kali seminggu. Ya tak lain tak bukan bersama Ki-Moira. Semangat untuk kurus kurus kurus!

6) Berlari 10km di KL Marathon bersama (sebut ramai2!!!!) Ki-Moira dan kawan2 lain lagi, termasuk Memaz8 yang mau lari hantu saja. Encik Arif, kamu pastikan jangan tempang ye lepas 21km.

7) Big day, big day, big day! Walaupun tak sain apa2 sama Ki-Moira untuk hari ini, dia harus tetap ada dan signifikan juga tugasnya. Samalah si Memaz8 pun. (Poin ini poin membodek)

8) Adidas King of The Road. Bulan 10, lambat lagi, tapi tak tau apa pasal teruja maksimum nak lari ini. Mungkin kempunan tahun lepas diaorang kensel.

Oh, lupa. 29 Mei harus juga diambil kira sebab mau paksa si Fied masuk larian. Minggu depan mesti register. Musti musti musti.

*penat tersadai sekarang*

Saturday, April 16, 2011

Kamu, ada BFF macam dia?

Dari larian minyak oren hinggalah larian bateri,

Dari 9km hinggalah 21km,

Inilah dia Ms Truly Fabulousity Ki-Moira,

BESFREN SAYA. :D

CONGRATULATIONS ON YOUR HALF MARATHON DEBUT, HONZ!!!

********************************************


Nota kaki: Sori gambaw yew sengsorang semua I sudah transfer dalam komputer. Terpaksa I aplod gamba I enterfrem. Bukan narsis yew. Eheheh.

Tuesday, April 12, 2011

She isn't J-Lo and she's tougher

Puan Wedding Planner, I hope this version complies with your kad kawen requirements.

Sunday, April 03, 2011

{ }

Sombong dan bongkak. Genetic mutation mungkin? Tapi sebenarnya kita tak perlu ambil peduli dengan perangai manusia begini. Dari dulu pun sudah nampak kamu ini ada inferiority complex. Mungkin kamu tak kisah tiada kawan, tiada keluarga terdekat, hidup untuk kerja saja. Tapi pernahkah kamu fikir apa sebenarnya yang kamu tunjuk pada dunia? Di waktu kamu rasa paling hebat itulah kelemahan kamu paling ketara. Lebih sedih bila ramai orang memperkatakan hal ini tanpa kamu mengetahui. Dan kamu terus-terus merasakan diri kamu hebat.

Kamu rasa orang tidak mahu faham perasaan kamu. Kamu rasa orang tidak hormat pendirian kamu. Tapi pernahkah kamu letakkan diri kamu di tempat orang lain di waktu orang itu membuat sesuatu yang tidak betul (pada fikiran bongkak kamu itu)? If you don't think you owe people anything, likewise, people owe you nothing. Don't expect the world to acknowledge you when you have no regards for the world.

Kamu masih muda. Kamu fikir kamulah di tempat teratas. Selagi kamu ada sifat dendam, tiada maaf, selagi itu kemungkinan yang besar sesuatu yang paling kamu sayang akan pergi meninggalkan kamu dengan tiba-tiba. Tapi kamu tak pernah fikirkan ini bukan? Sebab kamu sentiasa merasakan semuanya tidak adil terhadap kamu sejak hari kamu lahir. Asalnya hati ini dengan jujur simpati dengan kamu. Tapi dengan ceteknya akal dengan meningkatnya umur kamu, apa guna dibazirkan belas kasihan untuk kamu?

Cukup sekali. Serik dan bosan dengan perangai kamu.