Thursday, November 20, 2008

Life's many frustrations

And among them is the results of Amazing Race Asia 3.

Arrrrggghhhhhh!

Monday, November 10, 2008

Things happen for good reasons

Pernahkah anda bertanya mengapa hidupan air tidak mempunyai telinga?

Jawapan adalah kerana telinga yang dipenuhi air sepanjang masa adalah suatu keadaan yang sangat tidak selesa, irritable dan boleh membuat sakit darah tinggi. God is GREAT.

Today I had a first-hand experience that led to a bimbo AHA! moment in relation to the above. Gegendang telinga saya mengalami infeksi di mana semalam demam panas dan kepala terasa hendak pecah serta telinga terasa tersumbat seperti berada di altitud tinggi. Hari ini telinga masih sakit seperti dicucuk besi barbeku jadi telah mendapatkan konsultasi tuan dokter. Tuan dokter berkata, "Gegendang telinga anda bengkak dan sangat merah. Ini menunjukkan tanda-tanda infeksi. Saya beri kamu antibiotik dan obat titik. Sila berbaring mengiring selepas menitik obat, dan kekal posisi ini selama sekurang-kurangnya setengah jam." Tuan dokter juga memberi cuti sakit kerana adalah tidak sesuai untuk membuat perilaku sedemikian di pejabat.

Oh boy was it an annoying experience or what. Berenang is something different okeh. Having liquid welllled up in your ear canal is only for those patient enough to lie down for very long. Untuk memastikan saya tidak kebosanan, saya telah meng-ejas sofa supaya menghadap tv jadi saya mempunyai hiburan semasa merawat Encik Gegendang Telinga. Nasib baik ada cerita John Tucker Must Die. Jadi sesi rawatan berlanjutan selama sejam setengah. Tapi letih jugakla nak tunggu dengan telinga separa cacat pendengaran (kalau tutup telinga kiri dengar bunyi gema je).

Kesimpulannya saya kagum dengan ciptaan Tuhan. Kalau saya ini ikan yang ada telinga mungkin saya merupakan ikan yang paling dikeji kerana mempunyai mood swing sepanjang masa. Ye lah, dengar bunyik pun semuanya bergema2. Tak best hokayyyyy.........mau tak rasa nak marah-marah je selalu.

Thursday, November 06, 2008

drama drama

Pelbagai perkara kurang enak berlaku di jimnasium:
  1. Saya sampai lambat. Macam mana boleh jadi mcm ni sedangkan tempat keja lama dgn tempat keja baru kat area dekat2 je?

  2. Saya terjumpa Boss kat changing room dan bercakap dengan kuat untuk mengatasi bunyik lagu. Saya berkata 'Boss is that you??'. Saya rasa Boss rasa tak best sebab macam agak malu jugak la kena panggil 'Boss' kuat2 mcm tu. Tapi dah memang bos pun. Takkan nak panggil nama betul. Oh, Boss saya sangat hot. Dah sangat senior tapi body....wah wah anak dara confirm kalah. Oleh sebab Boss saya lebih hot saya pun malu nak tukar baju depan dia jadi berlari ke toilet walaupun bukan la nak buang apa2 pun. Anyway adalah berharap Boss tidak terbawa2 rasa kurang enak di opis esok.

  3. Saya mengerang kesakitan di atas beskal. YA, SAYA MENGERANG (bukan memerang. walaupun bau badan semasa bersenam lebih kurang macam bau memerang). Telah mengalami kejang otot di betis. Wah, dah lama tak kena. Mungkin terakhir semasa sekolah, itu pun masa form 1 form 2. Saya ada lagi 6 minit (4 minit masa program+2 minit cool down), sudah mencecah 5.9km - hati meronta2 semangat nak kejar 7km. Saya konfiden sempat cecah 7km kalau saya kayuh laju2. Jadi saya pun kasi up itu resistance sama RPM kayuh macam kena kejar hantu kum kum. Lepas seminit tu hantu kejang otot sudah tangkap saya punya betis. NGAPPPPPPP! Saya pun dengan automatis 'berkata' (read: menjerit) 'aaaaaaaaahhhhh!!!!!'. Nasib baik encik pelatih peribadi bernama Suhaimi ada kat depan tgh PT dgn client dia. Dia muka sudah panik dan datang menolong saya turun dari beskal seraya berkata 'Yang kau kayuh laju2 macam nak buat wheelie tu apesal? Kan dah lama tak datang senam.' Saya sudah tergelak2 malu kerana orang2 di keliling sudah beberapa orang menuju ke arah saya termasuk seorang lagi pelatih peribadi bernama Dino yang selama dekat setahun saya pegi gym dia baru sekali cakap dgn saya itu pun minggu lepas, 1/2 minit je.

  4. Anda pasti ingat saya wanita sangat super hot sampai orang semua bergegas hendak tolong kan? Muahahahhahaa......! Ya, memang tidak. Tapi saya menjerit sakit terlampau kuat rupanya (mengikut laporan si Suhaimi). Malu dan sangat malu di sini kerana akibat mencucuh telinga dengan ipod pada tahap volume yang boleh kasik pecah gegendang, saya rasa cam takde apa2 je menjerit tu. Ye lah telinga dah pekak tersumbat, lagu feng tau pulak tu mana nak perasan sebenarnya menjerit kuat. Rasa macam ok ok je...hehe. Rentetan peristiwa ini (rentetan? mak aih... karangan SPM ke apa ni) berita saya merempit di atas beskal senaman dan menjerit kecederaan telah tersebar luas ke seluruh gimnasium dan bahananya kena gelak besar dengan budak2 pelatih peribadi yang tak makan saman. Haih..malu makcik. Mulai esok akan bersenam di tempat perempuan saja. Tapi kalau tercedera takde sapa nak tolong pulak....isk isk isk saya buntu. Walaubagaimanpun seorang pelatih peribadi baru bernama Zira dengan sangat baik hati menolong saya stretch lagi kaki masa kat dalam changing room. Siap pegi ambikkan air manis kat dispenser. Tapi malang nasib dispenser nescafe tgh dicuci jadi saya setel dgn air water cooler je lah. Zira tunggu sampai saya kata saya ok. Memang ok pun tapi budak ini macam sangat semangat nak tolong saya. Jika busuk hati saya akan berfikir dia cuma begini sebab baru masuk keja 2 minggu. Tapi kebelakangan ini sifat busuk hati saya macam ada kurang lah. Ho ho....

  5. Habis mandi ingatkan nak terus balik. Kakak cleaner tu pulak nak buat borak. Heh dia ni suka taw kacau daun. Tapi saya sempat mengelat daripada kena tahan lama2. Saya penah sangkut busuk2 15 minit sebab akak ni berborak okeh? Ah, sambung balik. Bila hantar towel kat counter budak towel pulak hilang. Jadi telah menunggu. Dan tunggu. Tunggu lagi. Ini takbleh jadi. Jadi saya telah menggamit (wah hebatnya kosa kata saya!) Bangla cleaner supaya datang dan tolong kasi balik kad keahlian saya yg disimpan di kaunter. (Bersambung di poin berikutnya...)

  6. Lama tunggu tau. Brader Bangla tanya 'kad apa kaler?'. Saya jawab 'Silver'. Dia macam konpius. Jadi saya cakap 'kaler grey'. Ohhhh grey jawab encik bangla cleaner. lepas tu dia kasi kad kaler purple nama 'Phillip Lim'. What da kejadah????? Saya cakap ini bukan. Kalau explain pun dia mcm takkan paham. Dia korek2 lagi tak jumpa jugak dan menyuruh saya pegi belakang kaunter cari sendiri. Pulak dah...... (Bersambung di poin berikutnya...)

  7. Wahhhhhhh...! Memang kad saya sudah hilang. Lepas tu encik Bangla kasi kad nama 'Rosilawati Ismail' yang ada kat slot sebelah slot kad saya. Sah dah tertukar. Hantu punya budak towel yang jaga tadi. Yang minah tu pun x check agaknya. Nama ayah dah le sama. Aisehmen...

  8. Saya turun bawah kat kaunter resepsi dan mendapati budak2 towel sedang bergelak tawa riang mengusik menghibur hati rakan seperjuangan. Eh panas hati betul aku. Bila saya merepot bahawasanya kad saya sudah hilang diaorang agak panik. Nasib baik ada Arthur yang baik hati tolong naik cari balik kad. Bila konfem kad tak ada, kawan dia yang budak baru dengan takde rasa bersalah cakap 'Oh aku la ni tersalah bagi tadi'. Boleh?

  9. Sekarang saya kena tunggu 2 minggu. If my membership card doesn't turn up they will request for a new one for me. Saya dengan ini secara resminya mendeclare perasaan sangat kurang senang dengan pihak pengurusan gimnasium ini. Dahla sekarang towel short.

  10. Sekian. Sekarang mau tidur.

*Bekerja keras untuk kembali cergas, badan cergas otak cerdas, tapi kalau susah2 sangat maintain percakapan seperti dik cerdas!*