Sebab-sebab konkrit kenapa blog ini tidak di-update dan bukan keyboard tercabut butang (dem u alien):
- Sebelum raya adalah masa menggelabah pergi interview.
- Sebelum raya adalah bertugas sebagai pemandu jarak jauh. Saya juga nampak 2 ekor gajah besar kat hutan Grik. Hah tergezut betul malam-malam dalam kabus tetiba ada 4 mata silau dengan lampu kereta high beam. Nasib baik gajah tak kejar. Tapi tak sempat pon kalau dia nak kejar.
- Sebelum raya memandu jarak jauh dan ditahan polis. Tapi dia suruh bawak slow-slow je bukan kena saman. Mungkin berkat memasak untuk keluarga di bulan puasa hehehe.
- Semasa raya sibuk makan, makan, makan, makan, makan, makan, makan.
- Selepas (cuti) raya sibuk basuh baju sebab kat kampung malas nak basuh.
- Selepas (cuti) raya menggelabah prepare masuk kerja baru. Sibuk juga pikir-pikir gaya baru mana la tau ada kawan opis yang boleh buat saya ini berkobar-kobar nak gi keja hari-hari aaawwwww..... (oh yes, i still dream of those oxford shoes. meleleh air liur.)
- Selepas (cuti) raya juga bersedih-sedih sebab 'cuti semester' ni dah nak habis. Kalau x payah kerja sampai bila-bila kan bagus.
- Bila dah masuk kerja baru terpaksa layan emosi sebab dah lama tak keja. Jiwa kacau dua hari. Parking mahal, makan mahal, lunch time pun semua orang keja je, hujan lebat hari-hari, traffic jam berkurun lama, tak boleh chat tak boleh bukak gmail kat opis (benci!).
- Bila dah masuk kerja baru badan penat otak penat jadi tiada kapasiti untuk 'penulisan kreatif' yang ada cuma kapasiti perut untuk makan hidangan malam yang dimasak oleh bapa yang sangat sedap. Ye, bapa saya ada resipi best untuk benda2 yang emak tak buat.
- Bila dah masuk kerja baru nampaknya hari2 pukul 11 keadaan bertukar auto-pilot di mana sistem pintar akan masuk ke mode 'tido sampai pagi tak hengat punya'.
Sekian. Waktu bantahan terhadap pengumuman di atas dibuka dengan rasmi sekarang.
ps: tempat keja baru bagi banyak barang free. ada sedikit rasa macam masuk tadika hehehe.