Halo. Apa khabar?
Nama saya AdiPod. Saya baru dibeli Cik AdiEpoTT beberapa hari lalu. Saya kawan baik dia sekarang di atas treadmill. Dengan adanya saya, Cik AdiEpoTT telah berjaya berlari setengah jam dan meningkatkan kelajuan pada setiap sesi larian yang baru. Dulu dia memang anti lari, sekarang tidak sangat lagi. Oh saya bangga :D
Sesi larian juga telah mengconvert Cik AdiEpoTT kepada pelayan lagu-lagu trance. hohohooooo...dia tak penah suka trance hokeh seumur hidup dia kerana itu sangat feng tau dan berunsur disko 'Shark' di Plaza UE3 Jalan Cheras. Tapi nampak gaya sekarang kalau tak ada lagu macam ni Cik AdiEpoTT berasa sangat lemah untuk berlari.
Saya harap saya tak ada internal injury sebab....semalam Cik AdiEpoTT telah terjatuhkan saya atas treadmill, huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Naseb baik dah turun speed. Dia cemas. Amoi kat sebelah tu pun cemas gak sambil terjerit-jerit 'turn it off! turn it off!'. Saya nampak sambil cemas amoi itu tiba-tiba berlari juga walaupun sebenarnya dia cam jalan amek angin je kat treadmill tu huhuhu....
Cik AdiEpoTT , tak habeh-habeh clumsy. Haih..... :P